awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib nafi dakwaan rasuah media Australia, arahkan peguam ambil tindakan

Marlina Manaf
Marlina Manaf
15/07/2015
05:20 MYT
Najib nafi dakwaan rasuah media Australia, arahkan peguam ambil tindakan
Selain Najib, laporan media Australia itu turut mengaitkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan media Australia yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan satu tuduhan skandal rasuah semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Susulan itu, Najib telah mengarahkan peguamnya mengambil segala tindakan yang wajar ke atas dua akhbar yang menyiarkan laporan berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan menerusi Facebook PMO.
Kenyataan itu turut menegaskan artikel yang dikeluarkan The Age dan Sydney Morning Herald tidak mempunyai asas dakwaan terhadap Perdana Menteri.
Dakwaan itu melibatkan kontrak mengeluarkan wang kertas polimer.
Selain Najib, laporan media Australia itu turut mengaitkan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
PMO menyifatkan pemilik kedua-dua akhbar berkenaan, Fairfax Media sengaja cuba mengelirukan dan memberi bayangan bahawa Perdana Menteri mendapat manfaat daripada kontrak itu.
Ia dilihat sebagai satu fitnah dan cubaan untuk mencemar imej serta nama baik Najib.
Akhbar itu dalam laporannya pada Selasa mendakwa Malaysia menyekat permohonan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan maklumat berhubung skandal rasuah yang mungkin melibatkan Perdana Menteri.
Permohonan rasmi itu yang dikatakan dibuat menerusi Jabatan Peguam Negara Komanwel bagaimanapun didakwa tidak diendahkan pihak berkuasa Malaysia.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#PMO
#Rasuah
#Sydney Morning Herald
#The Age
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan