awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan: Peti undi SK Inarad terawal tiba di pusat penjumlahan rasmi
Kesatuan Pekerja Hyundai bantah penggunaan robot Atlas di kilang pengeluaran
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib perlu buktikan punca dana RM2.6 bilion - Tun M

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
26/10/2018
16:44 MYT
Najib perlu buktikan punca dana RM2.6 bilion - Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor, malam ini. - Foto BERNAMA
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan dari mana datangnya dana RM2.6 bilion yang dikatakan derma daripada kerajaan Arab Saudi kepada UMNO.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, paling penting bukti bertulis untuk mengenal pasti duit itu datang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau sebaliknya.
"Apa yang lebih penting, bukti-bukti bertulis duit itu datang dari 1MDB atau tidak. Kamu tidak boleh memindahkan sejumlah wang yang besar tanpa rekod.
"Jika benar wang itu dari Saudi tentu ada rekod. Kalau wang itu bukan dari Saudi, kita perlu kenal pasti dari mana duit itu datang. Setakat yang kami tahu, duit itu datang dari 1MDB," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Bersatu di sini, hari ini.
BACA: Derma RM2.6 bilion tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi - Saifuddin
Pada Jumaat, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir menyatakan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima Najib tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah selepas menerima kunjungan Adel di Wisma Putra.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#Saifuddin Abdullah
#UMNO
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan