awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib puji cara Tesco tangani kes curi

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2016
13:31 MYT
Najib puji cara Tesco tangani kes curi
Sabtu lalu, Tesco Bukit Mertajam dilaporkan tidak mengambil tindakan ke atas seorang lelaki yang mencuri selepas mempertimbangkan keadaan lelaki tersebut yang berbuat demikian demi anak-anak yang kelaparan - Foto fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji tindakan Tesco baru-baru ini yang mementingkan nilai kemanusiaan dalam mengendalikan satu kes curi yang berlaku di pasaraya tersebut.
Sabtu lalu, Tesco Bukit Mertajam dilaporkan tidak mengambil tindakan ke atas seorang lelaki yang mencuri selepas mempertimbangkan keadaan lelaki tersebut yang berbuat demikian demi anak-anak yang kelaparan dan isterinya terlantar di unit rawatan rapi.
Lelaki yang menganggur itu sebaliknya ditawarkan pekerjaan di pasaraya itu.
"Walaupun mencuri itu satu kesalahan dari segi undang-undang, tetapi cara bagaimana pihak pengurusan Tesco Bukit Mertajam mengendalikan kejadian tersebut, dengan menawarkan bapa tadi untuk bekerja dengan mereka, haruslah dipuji.
"Pada masa sama, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengingatkan bahawa terdapat banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bantuan dan mencari rezeki yang halal," kata Najib di dalam laman blognya.
Najib turut mengingatkan rakyat agar mencari jalan untuk mendapatkan bantuan seperti menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat.
Beliau turut menggalakkan rakyat agar mengunjungi laman web Jabatan Tenaga Kerja.
"Saya juga menggalakkan semua untuk mengunjungi cawangan Jabatan Tenaga Kerja berdekatan atau secara atas talian di http://jtksm.mohr.gov.my/ bagi melihat kekosongan dan tawaran kerja yang ada pada setiap hari," tambah Najib.
Pesanan tersebut dikongsi oleh Najib di laman blognya dalam artikel berjudul Man Jadda Wajada, merujuk kepada pepatah Arab yang bermaksud: sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya.
Topic Berkaitan
#kes curi Tesco
#Najib Razak
#Tesco
#Tesco Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan