awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib Razak tiba di ibu pejabat SPRM

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
22/05/2018
02:06 MYT
Najib Razak tiba di ibu pejabat SPRM
Najib dikerumuni petugas media saat tiba di pintu masuk ibu pejabat SPRM hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.40 pagi.
Beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung SRC International yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Perkembangan hari ini adalah susulan sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta pada Jumaat lepas untuk menghantar notis meminta Ahli Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Najib melambai kepada media sewaktu berjalan masuk ke pejabat SPRM. - Astro AWANI/Syahir Omar
Najib melambai kepada media sewaktu berjalan masuk ke pejabat SPRM. - Astro AWANI/Syahir Omar
Sejak awal pagi, media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan.
Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dijangka mengadakan sidang media pukul 11.30 pagi ini.
Datuk Seri Najib Razak tiba di Pejabat SPRM jam 9.40 pagi tadi untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International @501Awani pic.twitter.com/6VXB3Y0Jpt
— Hakim Rahman AWANI @ Newsroom 501 (@HakimAstroAWANI) May 22, 2018
Ini kali kedua Datuk Seri Najib hadir ke Pejabat SPRM Putrajaya, kali pertama pada 1 Oktober 2017 untuk merasmikan pejabat baharu SPRM. @501Awani pic.twitter.com/1jt1b1ZHJX
— Hakim Rahman AWANI @ MACC Building (@HakimAstroAWANI) May 22, 2018
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#keterangan
#Najib Razak
#SPRM
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan