awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Najib, terus terang sajalah...' - Lim Guan Eng

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
13/06/2018
14:59 MYT
'Najib, terus terang sajalah...' - Lim Guan Eng
Jaminan Kerajaan diklasifikasikan sebagai hutang langsung kerana ketidakupayaan pihak terlibat untuk menyelesaikan hutang mereka, kata Lim Guan Eng.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dianggap berselindung dengan fakta sebenar apabila menafikan hutang negara kini mencecah RM1 trilion.
Biarpun tidak menafikan hutang langsung negara berjumlah RM687 billion, namun angka RM1 trilion itu adalah mengambil kira hutang dari Jaminan Kerajaan, antaranya seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya menafikan dakwaan Datuk Seri Najib berkenaan hutang negara kononnya tidak sampai RM1 trilion.
"Angka yang disebut kerajaan adalah termasuk Jaminan Kerajaan yang kini telah menjadi hutang langsung negara, sebagai contoh 1MDB.
"Mengapa beliau perlu berselindung di sebalik definisi hutang? Berterus terang sahajalah," kata Lim.
Lim berkata kerajaan memutuskan untuk mengklasifikasikan Jaminan Kerajaan sebagai hutang langsung kerana ketidakupayaan pihak terlibat untuk menyelesaikan hutang mereka dan ia kini perlu ditanggung kerajaan.
Lim ditemui ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan hari raya di Palace of the Golden Horses, pada Rabu.
Dalam majlis anjuran Country Heights Holding Berhad itu, sebanyak 844 keluarga kurang berkemampuan dan 156 anak yatim dari seluruh negara menerima sumbangan berupa keperluan hari raya dan barangan persekolahan.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#hutang
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#RM1 trilion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan