awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib tiba di Sabah tinjau kesan, lawat mangsa gempa bumi

Bernama
Bernama
09/06/2015
04:22 MYT
Najib tiba di Sabah tinjau kesan, lawat mangsa gempa bumi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah pagi ini untuk meninjau kesan gempa bumi yang berlaku Jumaat lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah pagi ini untuk meninjau kesan gempa bumi yang berlaku Jumaat lepas dan melawat penduduk yang menjadi mangsa di Ranau dan Kundasang.
Ketibaan Najib dengan pesawat khas disambut oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan anggota-anggota Kabinet di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Najib kemudian berlepas ke Ranau menggunakan helikopter dan dijadual mendarat di Padang Pekan Ranau.
Beliau dijangka melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada pukul 12 tengah hari, sebelum berangkat mendengar taklimat bencana di Restoran Liwagu.
Selepas taklimat itu, beliau akan menyerahkan bantuan kepada mangsa dan waris mangsa terkorban dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu.
Perdana menteri dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang ini.
Topic Berkaitan
#gempa
#gempa bumi
#Gunung Kinabalu
#Kundasang
#Najib Razak
#Ranau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan