Skip to main content

Malaysia

Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa letupan di Tianjin

51439515111_TIANJINEXPLOSION.jpg
Advertisement
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terjejas dalam kebakaran besar di sebuah gudang di bandar pelabuhan Tianjin, utara China, Rabu lepas.

"Ingatan dan doa saya untuk keluarga dan rakan mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian letupan di Tianjin.

"Takziah saya yang mendalam untuk rakyat China," kata Najib menerusi catatan terbaru dalam Twitternya.


Menurut laporan, sekurang-kurang 56 orang maut dan lebih 720 orang cedera dalam kebakaran dipercayai akibat letupan bahan peledak yang disimpan di dalam gudang di kawasan perindustrian itu.

Must Watch Video

Advertisement