Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya tidak hanya duduk diam selepas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menyindirnya beserta gambar di laman sosial Facebooknya.

Namun, kali ini caranya berbeza, bekas perdana menteri itu terus ke Facebook Khalid Samad, dan 'like' posting menteri itu, sekali gus mengundang cakap-cakap di kalangan netizen.

Kata Najib, 'like' yang diberikan adalah tanda 'sokongan' kepada menteri itu.

"Ya, benar seperti yang apa beberapa orang netizens sudah perhatikan. Memang saya telah ke page FB Khalid Samad pagi ini untuk 'like' posting dia kerana saya tengok beliau amat tak puas hati dengan posting saya semalam sehingga terpaksa membuat beberapa posting berturut-turut untuk cuba membalas dendam.

''Kenapa serius sangat, YB menteri? Rilekslah. Tak apa. Saya beri sedikit sokongan," kata Ahli Parlimen Pekan itu menerusi statusnya di Facebook hari ini.

Najib turut meninggalkan nota kecil yang mengatakan "Baju saya warna peach, bukan oren,'' sebagai menjawab dakwaan Khalid yang mengatakan warna baju bekas Perdana Menteri itu berwarna jingga.