Nama baharu universiti hasil penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hanya akan ditentukan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin berkata, perkara itu telah dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyediakan cadangan kerangka universiti baharu hasil penggabungan itu.
Katanya, Maszlee telah meminta jawatankuasa khas itu memberi idea serta mencipta beberapa nama yang bersesuaian susulan bantahan antara kedua-dua universiti terbabit yang sebolehnya tidak mahu menenggelamkan nama masing-masing.
"Ada cadangan supaya penggabungan ini tidak menyebabkan UMT 'telan' UniSZA atau UniSZA 'telan' UMT...jadi Menteri Pendidikan tegaskan bahawa ia tidak akan berlaku sedemikian," katanya pada sesi soal-jawab bersama lebih 200 pelajar UMT dan UniSZA, di sini, pada Ahad.
Majlis selama lebih tiga jam itu juga turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir serta beberapa ahli lembaga pengarah dari kedua-dua universiti tersebut.
Menjawab soalan salah seorang pelajar yang mempertikaikan keputusan kerajaan untuk melakukan penggabungan, Cairul Iqbal berkata Kementerian Pendidikan hanya melaksanakan apa yang dihasratkan, namun tidak mustahil ia akan berubah jika berlaku sebarang keputusan lain oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Untuk mengubah keputusan Kabinet ia bukanlah kami (jawatankuasa khas), tapi pihak saudari (pelajar) telah menghantar memorandum kepada Dr Mahathir...beliau akan membuat keputusan. Jika Dr Mahathir kata untuk mengubah, kita akan bantu untuk ubah keputusan tersebut.
"Tetapi jika Dr Mahathir tidak melayan memorandum tersebut, penggabungan ini akan kita teruskan. Ia jelas dan kehadiran kami di sini untuk mendengar apakah cadangan dan keluhan yang kita harap tidak berlaku apabila terlaksana penggabungan nanti," katanya.
Selain itu, Siti Hamisah berkata kerajaan bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan itu dan ia tidak sepatutnya menjadi perdebatan lagi sebaliknya perlu bersama-sama menjayakan hasrat tersebut.
Beliau turut menegaskan kementerian bukanlah pihak yang mahu menidakkan kehendak pelajar sebaliknya akan mendengar serta mengambil kira pandangan untuk perhatian Kabinet.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 13 2019
Nama baharu? Tunggu perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Video aneka juadah dikongsi pempengaruh tarik minat netizen memasak
Baru seminggu umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa, nampaknya ramai yang sudah mula "pening" terutama para ibu apabila memikirkan menu masakan untuk dihidangkan ketika berbuka dan sahur.
Ke mana hala tuju pendidikan negara kalau asyik ditukar-tukar? - Pakar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya meletakkan garis masa keberkesanan sesebuah insiatif pendidikan.
KSM akan kuat kuasa Akta Kerja 1955 sepenuhnya, tiada kompromi
Tegas Menteri Sumber Manusia itu, negara ini ada raja dan undang-undang, tak kira siapa syarikat swasta, kerajaan, negeri mana, dan parti politik mana semua kena ikut undang-undang.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Seludup barang bersubsidi lebih aktif ketika Ramadan, Syawal
Antara barangan dirampas adalah minyak masak pelbagai jenama dan beras yang disyaki dibawa keluar untuk dijual di negara jiran.
JTKSM akan siasat isu aduan melibatkan pelanggaran undang-undang buruh
Jelas Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, piagam pelanggan JTKSM bagi menyiasat dan memaklumkan hasil setiap siasatan aduan adalah 21 hari bekerja daripada tempoh aduan.
Isu stoking: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan tegas - Pemangku Sultan Johor
Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Model baharu GPT dilancar tahun ini - CEO OpenAI
Sam Altman berkata model baharu itu nanti akan menawarkan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding GPT-4.
PDP, PSB bergabung pada Disember depan - Tiong
Tiong ketika mengesahkan perkara itu berkata, kesepakatan itu telah mendapat restu Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Digi dapat kebenaran pemegang saham untuk cadangan penggabungan dengan Celcom
Kelulusan pemegang saham Digi dan Axiata Group Bhd adalah antara langkah terakhir dalam proses kelulusan penggabungan.
CSM-ACE digabung ke dalam Cyber DSA - Annuar Musa
Ia bakal menyaksikan penglibatan pemain industri siber dari rantau Asia, selain petugas keselamatan dan ketenteraan.
Kerajaan kaji gabung dos AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech - Khairy
Cadangan itu sudah dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dua minggu lalu.
Saham Axiata meningkat susulan pelan penggabungan kekal berjalan lancar
Pada 9.39 pagi, saham itu naik 4.0 sen kepada RM3.96 dengan 440,000 saham bertukar tangan.
Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber
Ahmad Zahid menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang BN daripada bergabung dengan PN walaupun majoriti ahli majlis tertinggi (MT) parti itu memutuskan sebaliknya.
Pas enggan campur urusan UMNO Perak jika mahu gabung dengan DAP, Amanah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata itu adalah hak UMNO Perak.
UEM Sunrise, EcoWorld fail permohonan bergabung - Laporan Bursa
Khazanah Nasional akan menjadi pemegang saham terbesar bagi kedua-dua syarikat ini selepas penggabungan, melalui pegangan saham mereka dalam syarikat UEM Group.
Federer, Nadal cadang penggabungan ATP, WTA
Kedua-dua kejohanan lelaki (ATP) dan wanita (WTA) terpaksa ditangguhkan, sekurang-kurangnya sehingga pertengahan Julai susulan wabak coronavirus.
Nama baharu universiti akan diputus selepas perkenan Sultan Mizan
Maszlee telah meminta jawatankuasa khas itu memberi idea serta mencipta beberapa nama yang bersesuaian agar universiti terbabit tidak menenggelamkan nama masing-masing.