“Saya tidak kisah apa orang nak kata dekat nama anak saya, kerana hanya keluarga kami yang faham kenapa nama itu diberikan.”
Itu penjelasan Nurul Huda Arifin, 32, ibu kepada pemilik nama terpanjang di Malaysia.
Menurut Nurul Huda, pemilihan nama "Princess Aura Nurr Emmily Amara Auliya Bidadari Nwal El Zandraatau" atau lebih manja disapa "Princess Aura" dipersetujui bersama di antara beliau dan suami ketika anaknya itu masih dalam kandungan.
Jelasnya, nama tersebut diberi sempena nama salah seorang Wali Songo.
"Asalnya nama ini kami dapat sebab kami sering ke Indonesia atas urusan tugas. Kami sering ke Gunung Jati di Cenibon, jadi dari situ kami dapat inspirasi untuk letak nama anak kami dari asalnya nama seorang wali Allah di sana yang bernama Sheikh Sharif Hidayatullah Aulia Maulana Sultan Hasannudin.
Malah bukan Princess Aura sahaja yang mempunyai nama terpanjang di dalam keluarganya, bahkan dua daripada empat adik beradik lain turut memiliki nama panjang dan unik.
Anak ketiga pasangan tersebut diberi nama Princess Amanda Aulia Sofia Nurr Jelita, 3, manakala anak keempat Prince Muhammad Ahmad Ashrofi Aulia Alfarezel Rasya Sidra, 2.
Jelas ibu lima anak ini, beliau tidak mempunyai masalah untuk mengingati kesemua nama anak mereka dan menegaskan jika ada rezeki lagi, nama unik dan panjang yang dimulakan dengan Prince dan Princess akan diberikan kepada anak-anak yang lain.
"Yang pertama anak saya Muhammad Rayyan Dinzly, yang kedua Nur Raynia Isabella, ketiga Princess Amanda Aulia Sofia Nurr Jelita, yang keempat Prince Muhammad Ahmad Ashrofi Aulia Alfarezel Rasya Sidra, dan kelima Princess Aura Nurr Emmily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zandra," kata Nurul Huda lagi.
Sementara itu, suaminya Mohd Sufian Mohd Salleh berkata anak-anaknya tiada masalah di sekolah dan rakan-rakan anaknya boleh memanggil mereka dengan nama yang ringkas seperti Prince dan Princess.
"Paling mudah boleh panggil Prince Muhammad, boleh panggil Princess Amanda, boleh panggil Princess Aura... takda isu, insya-Allah.
Sebelum ini tular berita pengumuman oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara bahawa nama adik Princess Aura Nurr Emmily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zandra sebagai nama terpanjang di Malaysia.
Berita tersebut menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.
BACA: JPN tetapkan nama anak tidak lebih 80 aksara
BACA: Buat permohonan dan setuju jika guna 'nama pelik' - JPN
BACA: Netizen setuju keputusan JPN had nama anak
TONTON: Wanita berdepan masalah kerana nama panjang
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 06 2018
NURUL HUDA: Saya tidak kisah apa orang nak kata dekat nama anak saya, kerana hanya keluarga kami yang faham kenapa nama itu diberikan. -Astro AWANI
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Nama panjang 'Princess Aura' ilham daripada Wali Songo - Ibu
Nama "Princess Aura" dipersetujui bersama di antara beliau dan suami ketika anaknya itu masih dalam kandungan.