awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
[TERKINI] Pengerusi PN Negeri Sembilan letak jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Namewee ditahan polis berhubung klip video Tahun Baharu Cina

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2018
12:48 MYT
Namewee ditahan polis berhubung klip video Tahun Baharu Cina
Namewee ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan pagi tadi. - Facebook/Namewee
Polis menahan penyanyi rap kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee kira-kira jam 2.45 petang tadi berhubung klip video terbaharunya yang dikatakan membawa implikasi negatif terhadap keharmonian kaum di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, tangkapan dibuat bagi membantu siasatan susulan empat laporan polis yang diterima.
"Suspek ditahan dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya dalam kenyataan.
Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkenaan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia adalah mengenai penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Namewee didakwa mengaibkan kesucian tempat ibadah di negara ini menerusi satu rakaman klip video terkininya.
Video tersebut menyaksikan sekumpulan empat lelaki termasuk Namewee menyanyi dan menari dalam beberapa babak sambil berpakaian seolah-olah menggambarkan empat bangsa berlainan dengan salah seorang daripada mereka memakai serban serta membawa senapang.
Topic Berkaitan
#Akta Komunikasi dan Multimedia
#JSJ Bukit Aman
#Kanun Keseksaan
#Namewee
#Wee Meng Chee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan