Tutup

Nasib Rohingya: "Saya dah cakap dekat dia" - Tun Mahathir

Nasib Rohingya: "Saya dah cakap dekat dia" - Tun Mahathir
Dr Mahathir telah beberapa kali menyuarakan secara lantang nasib umat Islam Rohingya termasuk pada Perhimpunan PBB di New York pada September lalu.
SINGAPURA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membangkit krisis yang dihadapi etnik Rohingya kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Beliau menyampaikan suara hati keseksaan etnik itu kepada Suu Kyi pada pertemuan mereka semalam.
“Saya telah maklumkan berkenaan situasi di Rakhine. Kami menggesa usaha dilakukan untuk membetulkan salah laku ini,” katanya ketika ditemui media pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir telah beberapa kali menyuarakan secara lantang nasib umat Islam Rohingya termasuk pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September lalu.

“Di Myanmar, umat Islam di Rakhine dibunuh, rumah mereka dibakar serta jutaan pelarian telah dipaksa untuk melarikan diri hingga lemas di lautan, tinggal di pondok sementara, tanpa air dan makanan, tanpa sistem sanitasi yang sempirna.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa Myanmar termasuk penerima Anugerah Nobel Keamaan Laureate menafikan perkara ini berlaku.

BACA: Bela nasib Rohingya: Tun Mahathir bidas Aung San di PBB

Tag: mahathir mohamad, aung san suu kyi, rohingya, penindasan, islam, rakhine, kemanusiaan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.