awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazir bercuti bagi membolehkan semakan ke atas pemindahan AS$7 juta

Rizal Zulkapli, Malik Ridhwan, Luqman Hariz
Rizal Zulkapli, Malik Ridhwan, Luqman Hariz
18/04/2016
05:54 MYT
Nazir bercuti bagi membolehkan semakan ke atas pemindahan AS$7 juta
Pengerusi CIMB Group Holdings Datuk Seri Nazir Razak mengesahkan akan mengambil cuti bermula hari ini secara sukarela. - Foto BERNAMA
Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Razak mengesahkan beliau akan mengambil cuti secara sukarela bermula hari ini bagi membolehkan satu semakan bebas dijalankan membabitkan isu pemindahan wang AS$7 juta.
Laporan turut menyebut, tindakan itu juga diambil bagi membolehkan satu semakan dilakukan terhadap proses dan polisi kumpulan perbankan berkenaan.
Semakan akan dijalankan oleh konsultan bebas, Ernst and Young.
Kumpulan CIMB mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 hari ini dan Nazir turut hadir pada mesyuarat itu.
Dalam sidang akhbar sejurus selesai mesyuarat, Nazir menegaskan tindakannya bersetuju untuk bercuti secara sukarela dibuat hanya setelah mengesahkan ia (penerimaan wang AS$7 juta) tidak melanggar sebarang undang-undang.
“Saya tidak umumkan perkara ini lebih awal kerana ia tidak perlu, kerana ia tidak langgar undang-undang.
“Saya menyesal dengan perbuatan ini, tetapi tidak akan jejaskan reputasi saya dan CIMB secara sengaja. Saya sedia menjadi telus dan berehat seketika sementara semakan dalaman dijalankan,” kata Nazir.
Sementara itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun rasmi Instagramnya hari ini menyifatkan tindakan Nazir itu sebagai satu "class act".
"Langkah itu diambil atas amalan tadbir urus korporat yang baik serta ketelusan."
Class act by Chairman of CIMB Nazir Razak. Voluntarily has taken leave from today to allow an independent investigation into the 7 million transfer. For the benefit of good corporate governance and transparency
A photo posted by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on
Apr 17, 2016 at 8:00pm PDT
Nazir sebelum ini dilaporkan menerima sejumlah AS$7 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga abangnya untuk dipindahkan kepada ahli politik parti pemerintah.
Pada waktu rehat tengah hari, harga saham CIMB susut satu sen kepada RM4.87, dengan 4.15 juta saham diurusniagakan.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#CIMB
#Datuk Seri Nazir Razak
#Tan Sri Tony Fernades
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan