awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazri perlu minta maaf, mahkamah sudah kata saya tidak bankrap - Khairuddin

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2015
12:06 MYT
Nazri perlu minta maaf, mahkamah sudah kata saya tidak bankrap - Khairuddin
KHAIRUDDIN: Nazri perlu minta maaf, mahkamah sudah kata saya tidak bankrap - Gambar fail
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz diberi tujuh hari untuk meminta maaf dan menarik semula dakwaan terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dikatakan dilucut jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan kerana masalah bankrap.
Tegas Khairuddin, dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu dilihat keterlaluan sedangkan realitinya mahkamah sudah lama membuat keputusan untuk menarik semula status bankrapnya.
"Nazri harus tahu Mahkamah Tinggi sudah membatalkan status bankrap saya. Saya akan saman serta mengambil tindakan undang-undang ke atas Nazri yang mengatakan bahawa saya seorang yang bankrap.
"Saya bagi Nazri tujuh hari mulai hari ini untuk dia memohon maaf secara terbuka dan sekiranya gagal, saya tidak akan teragak-agak untuk mengheretnya ke mahkamah.
"Nazri ini adalah contoh pemimpin yang suka bercakap tanpa menggunakan akal fikiran yang rasional," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Cabar Tun M lawan Najib: UMNO patut tolak sikap angkuh Nazri - Khairuddin
Khairuddin mengulas kenyataan Nazri yang menyindir punca Khairuddin dipecat dari jawatannya adalah kerana bankrap seperti yang dilaporkan sebuah portal.
Jelas Nazri, Khairuddin bukan sahaja bankrap namun disifatkan turut muflis dalam perniagaan serta idea.
Dalam pada itu kata Khairuddin, Nazri dilihat bercakap berteraskan perasaan tanpa mahu menggunakan akal fikiran.
"Tolong buat sedikit 'homework' sama ada kini saya bankrap atau pun tidak.
Dalam isu ini, dia hendak tunjuk lagak hero dan secara peribadi semua orang tahu yang dia adalah individu yang mencabar bekas negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan.
"Nazri tidak pernah faham isu ini, Dr Mahathir tidak pernah sebut mahu mencabar Najib dalam pilihan raya terutama di Pekan," ujarnya.
Tegasnya, Nazri harus sedar diri dan membandingkan jasanya kepada negara dengan yang dilakukan Dr Mahathir.
"Jauh sangat Nazri jika dibandingkan dengan Dr Mahathir. Jika dia benar-benar mahu membodek, saya cadangkan Nazri sendiri anjurkan debat terbuka di antara Najib dan Dr Mahathir.
"Jika tidak tolong jemput Dr Mahathir dan bincangkan isu kepimpinan negara secara tertutup bersama ahli Majlis Tertinggi (MT) dan jangan lupa untuk berpesan kepada Presiden UMNO supaya tidak menangguhkan pemilihan parti pada tahun hadapan.
"Nazri juga boleh bertanding pada peringkat MT UMNO. Saya ingatkan Nazri agar tidak 'menggigit tangan orang yang pernah berbudi kepada kita'," jelasnya.
Sebelum ini, Khairuddin menyifatkan Nazri sebagai sangat angkuh apabila mencabar Dr Mahathir untuk menentang Najib pada pilihan raya di Parlimen Pekan.
Kata Khairuddin, jika Nazri benar-benar mahu Perdana Menteri bertanding dengan Dr Mahathir, ia seharusnya diadakan di kawasan berkecuali.
Topic Berkaitan
#bankrap
#Dr Mahathir
#Khairuddin
#najib
#nazri
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan