awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
Kemelut politik: Tidak adil Bersatu dipersalahkan sepenuhnya - Dewan Ulama Pas Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NEKMAT sedia khidmat hantar ikan ke rumah

Bernama
Bernama
28/03/2020
22:20 MYT
NEKMAT sedia khidmat hantar ikan ke rumah
NEKMAT membeli ikan segar daripada nelayan yang terus dihantar ke tempat simpanan sebelum dibekalkan kepada pengguna. - Gambar fail
Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan ikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyediakan perkhidmatan Jualan Ikan Segar Beku (QFish) dan makanan laut dengan menghantarnya ke rumah pelanggan melalui pesanan kepada 'runner' di bawah selian persatuan itu.
Pengerusinya Abdul Hamid Bahari berkata buat permulaan, perkhidmatan di bawah program NEKMATbiz itu disediakan sekitar Lembah Klang sahaja.
"Buat masa ini, orang ramai sekitar Kuala Lumpur boleh membuat tempahan ikan secara dalam talian di www.nekmatbiz.com.my.
"Selain itu, semua pesanan akan turut diiklankan di Facebook NEKMAT setiap hari seawal pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari.
"Ikan seperti Pelaling, Kembung dan Selayang dijual dengan harga RM4 sekilogram," menurutnya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Semua penghantaran akan dibuat dari Pusat Pengumpulan dan Pengedaran NEKMAT Taman Wahyu di sini.
Abdul Hamid berkata pihaknya membeli ikan segar daripada nelayan yang terus dihantar ke tempat simpanan sebelum dibekalkan kepada pengguna.
Sehingga kini, terdapat 50 tan stok ikan Qfish dalam simpanan NEKMAT.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bahari
#bekalan
#duduk rumah
#Facebook
#ikan
#Lembah Klang
#makanan laut
#NEKMAT
#nelayan
#pelanggan
#PKP
#QFish
#runner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan