Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan bersama tiga rakannya .

Mangsa, Mohd Firdaus Dollah , 21 tahun dikatakan terjatuh ke dalam laut pada kedudukan dua batu nautika di perairan Kuala Paka, Dungun dalam kejadian kira-kira jam 9.30 Jumaat malam.

Kehilangan mangsa disedari tiga rakanya yang kemudianya mencarinya di sekitar lokasi kejadian.

Bagaimanapun Mohd Firdaus gagal dikesan dan mereka memaklumkan kejadian malang itu kepada ahli keluarga mangsa.

Ketua Zon Dua, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Azmi Ab Rahim berkata lima anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kira-kira jam 10.24 malam.

Menurut Azmi, keadaan yang gelap membataskan operasi mencari dan menyelamat.

“Tindakan awal pada mala mini, kita telah melaksanakan kerja-kerja pencarian di kawasan persisiran pantai.

“Untuk tindakan lanjut kita akan menggunakan bot pada keesokan hari. Buat masa ini kita tidak dapat memastikan lokasi sebenar kejadian tersebut,” jelasnya.

Menurut azmi, sehingga jam satu pagi, mangsa gagal di temui dan operasi mencari dan menyelamat mangsa akan disambung pada awal pagi Sabtu.

Selain pencarian di permukaan pihaknya juga akan menggerakkan bot bagi mengenalpasti lokasi sebenar kejadian.