Seorang nelayan dari Kuala Muda, Penaga disini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika merawai ikan bersama dua rakannya pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, mangsa Muhamad Redzuwan Ahmad Shafie, 21 tahun, bersama rakannya, Azrun Ahmad, 37 tahun, dan tekong Muhammad Noor Azrin Azmi, 34 tahun, sedang merawai ikan di perairan Teluk Bahang, kira-kira 30 batu nautika dari jeti Kuala Muda.
Ketika merawai, tiba-tiba ombak besar memukul bot menyebabkan Muhamad Redzuwan dan Azrun terjatuh ke laut, manakala Muhammad Noor hanya terjatuh di atas bot.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor, Azrun sempat berpaut pada bot dan naik semula, manakala Muhamad Redzuwan dilihat terkapai-kapai sebelum hilang dibawa ombak.
Azrun dan Muhammad Noor kemudian membawa bot ke lokasi terakhir mangsa dilihat terkapai-kapai, namun gagal menemui mangsa.
Kejadian tersebut turut disaksikan dua lagi bot nelayan yang berada berdekatan dan telah menghulurkan bantuan bagi mengesan mangsa, namun tidak berhasil.
Mereka kemudian memaklumkan kejadian kepada rakan nelayan lain di daratan sebelum menghubungi pihak berkuasa.
Susulan itu, operasi mencari dilancarkan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis marin dan nelayan Kuala Muda.
Astro Awani
Wed Dec 11 2019
Mangsa dilihat terkapai-kapai sebelum hilang dibawa ombak. - Gambar fail
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Masyarakat dinasihati pantau penggunaan tenaga elektrik
Ketua Pegawai Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamal Ariffin A.Rahman berkata cuaca panas melampau mampu memberi kesan kepada kadar permintaan dan penggunaan peralatan elektrik isi rumah.
Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 7 Shah Alam pada Jumaat.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Masters Sepanyol: Jun Hao, Wan Arif-Roy King teruskan cabaran
Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi.
Ringgit dibuka rendah susulan jangkaan AS tangguh turun kadar faedah
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar AS.
[TERKINI] Bas persiaran terbalik, 2 maut di Bentong
Sebuah bas persiaran dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Km 51.4 arah Timur (Bukit Tinggi - Lentang) lebuh raya Karak Bentong pada awal pagi Jumaat.
Pantau Belanjawan: Riba & gharar dalam aplikasi kewangan digital
9.24 juta telah daftar PADU
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan iaitu 9.24 juta telah berdaftar setakat Khamis.
Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.
Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir
Kawasan kampung itu antara 'hotspot' banjir justeru penduduk sudah mula mengambil inisiatif membuat persiapan awal.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
40 bot nelayan asing dilupuskan jadi tukun tiruan
Kaedah penenggelaman bot-bot nelayan asing sebagai tukun tiruan merupakan inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.
Anggota APMM Sabah didakwa terima rasuah
Tertuduh didakwa menerima wang itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas bot yang mempunyai lesen bot tamat tempoh.
1.03 tan daun ketum tidak sempat keluar muara Kuala Kedah
Bot tersebut dikesan menuju keluar dari muara Kuala Kedah dalam keadaan gelap dan mencurigakan sekitar jam 6.30 pagi.
Sudah lali, penduduk kampung beli bot hadapi banjir
Ternyata pelaburan penduduk kampung itu tidak sia-sia, bahkan mampu menyelamatkan harta benda dan nyawa keluarga tersayang.
Usaha mencari nelayan warga Thailand dikhuatiri lemas diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat disambung kira-kira jam 7 pagi ini membabitkan seramai 30 anggota serta pegawai pelbagai agensi.