Tutup

Nenek ketagih mencuri ditahan bersama anak dan dua cucu

Nenek ketagih mencuri ditahan bersama anak dan dua cucu
ketika kejadian, penyelia yang bertugas di pasaraya itu mendapati keluarga berkenaan masuk ke ruangan barangan keperluan dapur
BATU GAJAH: Kegiatan sebuah keluarga mencuri barangan pelbagai jenis akhirnya terbongkar apabila mereka diberkas pihak polis selepas melakukan jenayah terbabit di sebuah pasaraya di Pusing, Batu Gajah, pada Jumaat.

Lebih mengejutkan apabila kejadian kira-kira jam 6 petang itu didalangi seorang nenek bersama anak dan dua cucunya.

Antara barangan yang dicuri ialah pelbagai jenis susu bayi, milo, nestum, minyak masak, racun serangga serta pakaian.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, nenek tersebut berusia 60 tahun, anaknya 38 tahun manakala cucunya masing-masing 17 dan 19 tahun.
Menurut beliau, ketika kejadian, penyelia yang bertugas di pasaraya itu mendapati keluarga berkenaan masuk ke ruangan barangan keperluan dapur dan mengambil beberapa jenis barang.

"Selepas itu pengadu mendapati mereka terus keluar dari pasaraya tanpa membuat bayaran di kaunter dan melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Saga warna putih melalui Jalan Pusing ke Jalan Lahat,” katanya kepada media pada Sabtu.
Pengadu kemudiannya membuat pemeriksaan di ruangan keperluan dapur dapati beberapa kotak susu, susu tin, minyak masak dan racun seranggan telah dicuri serta segara menghubungi polis.

Ahmad Adnan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Pusing berjaya mengesan kereta Proton Saga warna putih dinaiki kesemua suspek di sebuah stesen minyak.

Siasatan awal mendapati, wanita warga emas itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala anaknya dua kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.