awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek terlepas hukuman gantung sampai mati

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
28/12/2017
02:16 MYT
Nenek terlepas hukuman gantung sampai mati
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu mendapati Maria Elvira Pinto Exposto tidak bersalah menyeludup dadah ke Malaysia pada 2014. - Gambar fail
Seorang wanita warganegara Australia terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu mendapati Maria Elvira Pinto Exposto tidak bersalah menyeludup dadah ke Malaysia pada 2014.
Pada 7 Disember 2014 Maria Elvira Pinto Exposto, ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA selepas dia didapati memiliki 1.5 kilogram dadah jenis syabu.
Hakim Ghazali Cha memutuskan mahkamah menerima pakai bukti yang diberikan peguam yang menegaskan Exposto tidak mengetahui kandungan beg yang berisi dadah terbabit kerana ditipu.
Mahkamah turut menerima keraguan bahawa Exposto yang berstatus nenek itu telah terpedaya kerana dilamun cinta dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai warga Amerika Syarikat.
"Saya gembira sekarang kerana saya telah bebas," jelas Exposto sejurus diiring keluar dari kamar mahkamah.
Pihak pendakwaraya selepas itu menyatakan mahu membuat rayuan untuk perbicaraan semula yang bermaksud Exposto masih belum boleh pulang ke Australia sehingga keputusan dibuat mahkamah rayuan.
Pihak pendakwaan diberikan tempoh 14 hari dari tarikh keputusan untuk memohon rayuan.
Dalam pengakuannya Exposto berusia 54 tahun berkata beliau tidak tahu menahu berkenaan dadah yang disembunyikan di dalam beg yang dibawanya dari China sebelum tiba di KLIA.
Jelasnya, beliau telah ditipu oleh seorang lelaki yang ditemui di media sosial dan hanya dikenali sebagai Kapten Daniel Smith yang didakwa bertugas sebagai pegawai kerajaan Amerika Syarikat.
Exposto berkata pertemuan yang dirancang bersama Smith tidak berjalan lancar apabila beliau bertemu wakil Smith yang telah menyerahkan beg terbabit dan memintanya membawa beg terbabit ke Melbourne, Australia.
Topic Berkaitan
#2014
#Australia
#China
#KLIA
#Kuala Lumpur
#mahkamah
#Mahkamah Rayuan
#Malaysia
#mati
#media sosial
#Melbourne
#shah alam
#Syabu
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan