awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netizen ucap tahniah atas kelahiran bayi panda di Zoo Negara

Syafique Shuib
Syafique Shuib
18/08/2015
12:22 MYT
Netizen ucap tahniah atas kelahiran bayi panda di Zoo Negara
Liang Liang melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari Selasa.
Kelahiran seekor anak panda di Zoo Negara tengah hari tadi disambut baik oleh pengguna media sosial.
Sekaligus ia merupakan bayi panda yang pertama dilahirkan di Malaysia.
Antara yang mengucapkan tahniah adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari tadi,” tulis Najib di Twitter.
Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari tadi.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) August 18, 2015
Kegembiraan ini turut dikongsi oleh netizen yang lain:
Congrats Liang Liang the panda :')
— pettish (@syahirahzee) August 18, 2015
Congrats to Liang Liang
— (@blueberryhana) August 18, 2015
Congrats Liang Liang on your newborn baby.
— Nad (@naddyfuaad) August 18, 2015
Terbaik..tahniah liang liang! https://t.co/Iv0Obm3N6u
— Shio (@shiocesc) August 18, 2015
Terdapat juga kempen untuk memilih nama yang sesuai untuk panda berkenaan:
Congratulations Liang Liang! Malaysians, let's come up with a name for the very first baby panda in Malaysia! pic.twitter.com/7UhgBIBqku
— Youth Events (@YouthMalaysia) August 18, 2015
how about Chen https://t.co/IsACqBomT6
— Atikah Nabihah (@nansazmi) August 18, 2015
Rahim https://t.co/Nwab1k1TjH
— Ixaax (@izaazXX) August 18, 2015
Panda gergasi betina Liang Liang selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 petang tadi di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di Zoo Negara.
Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata pekerja dan pakar veterinar di GPCC mengesan gerak-geri Liang Liang yang luar biasa sejak dua minggu lepas.
"Liang Liang mula menunjukkan tanda-tanda luar biasa seperti tiada selera makan, kurang aktif dan mengeluarkan bunyi pelik daripada kebiasaan.
"Sejak dari itu, pakar-pakar veterinar Zoo Negara membuat ujian darah dan menimbang berat badannya...mereka menjangka 80 peratus kemungkinan yang Liang Liang bunting," katanya kepada Bernama Selasa.
Rosly berkata petugas-petugas di GPCC mengesan keadaan Liang Liang yang menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin selepas ia dikeluarkan dari kandang ke tempat pameran pada 10 pagi tadi.
Pasangan panda Liang Liang dan Xing Xing tiba di Malaysia pada Mei 2014.
Ia dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Topic Berkaitan
#bayi Panda
#Liang Liang
#Panda
#xing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan