Khabar persaraan Datuk Lee Chong Wei menjadi bahan bualan hangat sejak semalam dan hari ini.

Kata kunci Lee Chong Wei dan hashtag #TQChongWei tular di beberapa platform media sosial sejak tengahari Khamis.

Rata-rata rakyat Malaysia sedih dengan berita persaraan beliau namun terus menyatakan kebanggaan kerana menjadi wakil Malaysia dalam mengharumkan nama negara.

Bagi Fauzan Hassan, semangat dan kecemerlangan yang ditunjukkan beliau telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia di serata dunia.

Ada antara netizen yang pertama kali menonton acara sukan badminton dan terus jatuh cinta dengan sukan berkenaan.

Semuanya kerana aksi dan juga kecemerlangan yang ditunjukkan Datuk Lee Chong Wei yang berjaya meletakkan diri sebagai pemain badminton nombor satu dunia selama lebih enam tahun

Yang pasti, acara ini akan memberi warna yang berbeza di masa akan datang