awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Kepulauan Virgin AS saman Meta, dakwa syarikat untung atas iklan penipuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand Berkabung: Khutbah Jumaat penuh makna di Christchurch

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
22/03/2019
01:51 MYT
New Zealand Berkabung: Khutbah Jumaat penuh makna di Christchurch
Shazly berkata antara intipati mesej yang diketengahkan dalam khutbah beliau hari ini adalah menekankan bagaimana peranan dan tanggungjawab seorang Muslim dalam menjadi contoh kepada masyarakat bukan Islam. - Facebook Shazly Khan
Khutbah yang disampaikan di Masjid Khadija, Hamilton, di New Zealand, hari ini dijangka lebih signifikan dan penuh dengan mesej-mesej kecintaan yang ditekankan dalam ajaran Islam.
Imam Shazly Khan berkata konteks dan penyampaian khutbah tersebut diteliti secara mendalam bagi memudahkan ia difahami oleh mereka yang mendengar, khususnya dalam kalangan bukan Muslim yang dijangka turut hadir.
Azan semasa solat Jumaat juga disiarkan secara langsung di seluruh New Zealand hari ini, selain tafakur selama dua minit sebagai memperingati insiden berdarah yang mengorbankan 50 nyawa minggu lalu.
“Ya, memang hari ini saya rasa lebih signifikan daripada hari-hari Jumaat sebelum ini. Berbeza, bukan kerana topik yang berbeza, tetapi cara yang saya akan gunakan.
"Bagi mendedahkan dan mendekatkan kepada mereka yang mendengar, mungkin mereka yang pertama kali masuk masjid, pertama kali dengar khutbah dan pertama kali melihat seorang imam memberikan khutbah.
“Maka segalanya haruslah saya teliti secara terperinci supaya mereka faham mesej Islam. Dan InsyaAllah ambil cara terbaik agar terbuka hati mereka dengan segala ajaran,” katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Shazly berkata antara intipati atau mesej yang diketengahkan dalam khutbah yang akan disampaikan oleh beliau hari ini adalah menekankan bagaimana peranan dan tanggungjawab seorang Muslim dan mereka perlu menjadi contoh kepada masyarakat bukan Muslim.
Selain itu, kisah daripada sirah Rasullullah turut akan dijadikan contoh dan teladan dalam khutbah hari ini.
Pada 15 Mac lalu, seorang pengganas melepaskan tembakan di dua masjid di Christchurch, ketika waktu solat Jumaat, mengorbankan 50 nyawa dan mengakibatkan lebih 50 lagi cedera.
Antara mangsa termasuk Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, yang meninggal dunia dan tiga lagi yang cedera, Mohd Tarmizi Shuib, Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Hamilton
#Imam Shazly Khan
#Islam
#khutbah Jumaat
#masjid
#Masjid Khadija
#New Zealand
#New Zealand berkabung
#serangan pengganas
#Solat Jumaat
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan