awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO Haiwan: Hentikan pembunuhan, sekalipun anjing liar

Bernama
Bernama
21/09/2015
00:00 MYT
NGO Haiwan: Hentikan pembunuhan, sekalipun anjing liar
Lebih 60 wakil dari pelbagai NGO berhimpun di Sudut Penceramah di Padang Kota Lama dan membawa kad board "Stop killing" (Hentikan Pembunuhan). - Gambar Fail
Sekumpulan aktivis haiwan bebas dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng menghentikan segera aktiviti membunuh anjing yang dijalankan sekarang di negeri ini.
Seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO 'Stop Killing, Start Vaccinating', Joel Gurprit Singh berkata membunuh anjing bukan penyelesaian kekal terhadap isu wabak penyakit anjing gila.
Beliau berkata Lim tidak mengamalkan dasar telus ketika menangani wabak anjing gila dan NGO tidak dirundingi sebelum negeri ini memutuskan untuk membunuh anjing-anjing terbiar dalam usaha menyekat penyakit itu dari merebak.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini semasa tunjuk perasaan menentang langkah kerajaan itu, Singh berkata kerajaan negeri perlu menyuntik vaksin bukan membunuh anjing.
"Jika vaksin kekurangan, sebuah NGO global menawarkan untuk menyuntik vaksin pada anjing-anjing terbiar di Pulau Pinang," katanya.
Lebih 60 wakil dari pelbagai NGO berhimpun di Sudut Penceramah di Padang Kota Lama dan membawa kad board "Stop killing" (Hentikan Pembunuhan).
Bagaimanapun, Lim Shiang Mey, seorang wakil daripada 'Penang Hope Of Strays", berkata sekumpulan NGO telah berbincang dengan Lim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
Shiang Mey berkata Lim memberitahu kumpulan itu bahawa keputusan membunuh anjing-anjing itu dibuat oleh jabatan kesihatan persekutuan dan DVS dan bukan kerajaan negeri.
"Lim memberitahu kami beliau akan menghentikan aktiviti pembunuhan anjing dengan syarat DVS menyatakan ada cara lain lebih baik bagi menyekat wabak anjing gila," kata Shiang Mey.
Topic Berkaitan
#anjing gila
#Lim Guan Eng
#Start Vaccinating
#Stop Killing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan