Antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.
Itu anggaran nilai keseluruhan barang-barang yang dirampas dari beberapa premis berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 16 dan 17 Mei lalu.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, daripada 72 beg besar yang dirampas seperti dilaporkan sebelum ini, 35 beg daripadanya mengandungi wang tunai daripada 26 jenis mata wang berjumlah RM116.7 juta.
Dalam satu sidang media khas di ibu negara hari ini, beliau berkata lagi 25 beg berisi 12,000 jenis barang kemas yang terdiri daripada 1,400 rantai, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 2,800 pasang subang, 1,600 kerongsang dan 14 tiara.
Jelasnya lagi, rantai emas bertatahkan berlian bernilai RM6.4 juta adalah barang kemas paling berharga yang dirampas.
BACA: 1MDB: Rosmah juga sedang disiasat - Amar Singh
"Pengiraan semua barang kemas mengambil masa 16 hari. Bagi semua barang kemas yang dirampas, pakar hanya boleh membuat anggaran nilai mengikut harga bahan, tidak termasuk kos upah tukang dan pembuatan. Jadi, nilai keseluruhan barangan kemas tersebut adalah RM440 juta.
"Kalau mengikut harga pasaran, nilainya mungkin meningkat antara 50 hingga 100 peratus, menjadikan nilai sebenarnya boleh mencecah antara RM660 juta ke RM880 juta," katanya.
Bagi beg tangan pula, Amar Singh berkata sebanyak 567 beg tangan yang dirampas bernilai RM51.3 juta. Pihak polis dan pakar mengambil masa lapan hari untuk mengira dan menilai beg-beg tersebut, yang terdiri daripada 37 jenama termasuk Hermès, Prada, Chanel dan Bijan.
"Ada beg tangan yang berharga RM1.6 juta. Ada juga beg tangan yang ditempah khas iaitu daripada jenama Bijan," kata Amar Singh.
Dalam pada itu, turut dirampas 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta melibatkan lebih 100 jenama termasuk Rolex dan Chopard.
Sebanyak 234 cermin mata hitam (sunglasses) bernilai RM375,000 daripada 34 jenama termasuk Versace, Gucci, Dior dan Cartier, juga turut dirampas, kata Amar Singh.
Jelasnya, penggeledahan barangan yang dipercayai berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dilakukan di enam premis – dua lokasi di Putrajaya iaitu pejabat Najib dan kediaman rasminya di Seri Perdana.
Empat lagi premis terletak di Kuala Lumpur – tiga unit kondominium di Pavilion Residences termasuk kediaman anak lelaki dan anak perempuan Najib, dan kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta di Taman Duta.
Amar Singh menegaskan penggeledahan di semua premis dibuat mengikut prosedur dan mengutamakan integriti.
"Di beberapa lokasi, kami mengira barang di premis itu sendiri kerana jumlah barangan tidak banyak. Tetapi di Pavilion Residences, kami terpaksa seal (bungkus) barang-barang tersebut kerana jumlahnya terlalu banyak.
"Ada yang menyatakan kebimbangan bahawa integriti barangan dirampas mungkin akan dikompromi jika kita masih meneruskan pengiraan di tempat tersebut, maka keputusan paling terbaik ialah bungkus barang tersebut dan bawanya ke tempat selamat yang dikawal rapi," jelasnya.
Justeru katanya, polis telah membungkus semua 284 kotak dan 72 beg yang mengandungi semua barangan tersebut.
Astro Awani
Wed Jun 27 2018
Amar Singh menunjukkan foto kepada media, antara barang kemas yang ditemui di dalam beg yang dirampas. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.