announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Nilai situasi semasa, pakai topeng muka apabila perlu

Nilai situasi semasa, pakai topeng muka apabila perlu
Ada situasi di mana beberapa jenis topeng muka boleh menyebabkan rasa lemas jika dipakai dalam tempoh melebihi tiga jam. - Gambar fail/AFP Relax
PUTRAJAYA: Orang ramai perlu menilai situasi semasa dan kesuaian keadaan untuk memakai penutup muka untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ada situasi di mana beberapa jenis topeng muka boleh menyebabkan rasa ‘lemas’ jika dipakai dalam tempoh melebihi tiga jam.

“Apa yang penting, kalau kita sedang joging dan tak ada orang sekeliling, kita boleh buka topeng. Apabila kita memandu tak semestinya kita pakai topeng, lebih-lebih lagi kalau tak ada orang sekeliling. Kalau memandu seorang dalam kereta, tak perlu kita pakai topeng.

“Kita hanya disarankan pakai topeng apabila di tempat awam atau bergejala. Tetapi, kalau kita bersendirian semasa joging, penjarakan kalau boleh dua atau tiga meter lagi bagus,” katanya pada sidang media harian di sini pada Jumaat.

Beliau menjawab soalan wartawan susulan beberapa kejadian melibatkan beberapa individu yang dipercayai meninggal dunia akibat ‘lemas’ memakai topeng muka.


Tag: Dr Noor Hisham Abdullah, meninggal dunia, kesihatan, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.