Tutup

NIOSH nafi kontrak pengerusi tidak disambung

NIOSH nafi kontrak pengerusi tidak disambung
Kontrak semasa Lee, 73 tahun, sebagai pengerusi NIOSH akan tamat 20 Sept ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menafikan laporan sebuah portal berita mengenai isu kontrak Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye yang tidak disambung.

NIOSH dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan bahawa, tiada sebarang kenyataan atau keputusan yang dibuat pihaknya mahupun Kementerian Sumber Manusia berhubung kontrak Lee.
"Kenyataan yang terkandung dalam berita tersebut adalah tidak benar sama sekali, dan NIOSH menafikan perkara ini," demikian menurut kenyataan media institut berkenaan.

Pada Isnin, portal berita berkenaan menerbitkan sebuah laporan berbentuk spekulasi berkenaan kedudukan Lee dalam institusi berkenaan yang dikatakan 'dipaksa' meninggalkan NIOSH, sebelum kontrak beliau tamat pada 20 Sept ini.
-- BERNAMA