awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal baharu: Bimbang lambakan stok, penjual songkok nekad jual dalam talian

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
25/04/2020
00:18 MYT
Normal baharu: Bimbang lambakan stok, penjual songkok nekad jual dalam talian
Mohd Fahirurazi nekad menjual songkok secara dalam talian kerana bimbang kehilangan pelanggan susulan pelaksanaan PKP. Foto Astro AWANI
Pada kebiasaannya, peniaga dan penjaja dalam bulan Ramadan ketika ini, pastinya sedang sibuk menguruskan jualan di bazar.
Namun, susulan usaha memutuskan rantaian COVID-19 melalui perintah kawalan pergerakan (PKP), semua peniaga terpaksa akur, termasuk penjual songkok, antara barangan yang biasanya laris dalam bulan Ramadan.
Pengusaha Sinar Songkok Melayu, Mohd Fahirurazi Yahya berkata, lazimnya dalam tempoh setahun beliau mampu menjual 25,000 songkok.
Pada bulan Ramadan sahaja, beliau biasanya akan menyewa tujuh tapak bazar bagi menjual songkoknya.
Namun, beliau kini berdepan lambakan stok apabila hampir separuh songkoknya tidak dapat dijual.
Malah, ada sebahagian tempahan yang tidak dapat disiapkan kerana kekurangan stok barangan asas.
Katanya, setakat hari kedua Ramadan ini, beliau hanya berjaya menjual tujuh biji songkok menerusi pos dan pembelian melalui penghantaran ke rumah (COD).
"(Jualan) merosot tahun ini. Banyak lambakan. Juga, ada lebih kurang separuh yang belum siap sebab bazar Ramadan tak ada di sekitar Johor Bahru. Tak ada rezeki. Permintaan pun kurang bulan puasa ini. Banyak yang tergendala," kata Mohd Fahirurazi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di sebuah rumah kedai di Kampung Melayu Majidee, di sini.
Stok songkok yang terdapat di kedai Mohd Fahirurazi. - Foto Astro AWANI
Stok songkok yang terdapat di kedai Mohd Fahirurazi. - Foto Astro AWANI
Bagaimanapun, Mohd Fahirurazi nekad tidak mahu menjadikan normal baharu sepanjang PKP ini sebagai penyebab beliau hilang pelanggan tetap.
Beliau yang menjalankan perusahaan ini bersama dua adiknya turut menjual secara dalam talian.
Bagi memudahkan pelanggan, katanya, saiz songkok telah ditetapkan mengikut ukur lilit kepala dan ketinggian yang dimahukan pelanggan.
"Tempahan online kena buat betul-betul. Tak boleh terlebih besar atau terlebih kecil dari saiz songkok yang dikehendaki. Kalau hendak pulangkan melalui pos, lambat, akan ambil masa hingga seminggu, sebab sekarang ramai yang guna online," tambahnya.
Dalam masa sama, Mohd Fahirurazi masih berharap akan menerima tempahan dari penduduk Johor Bahru dan boleh membuat penghantaran sebelum menjelang Syawal.
Topic Berkaitan
#bazar
#COVID-19
#dalam talian
#hilang pelanggan
#lambakan stok
#Mohd Fahirurazi Yahya
#normal baharu
#online
#peniaga
#PKP
#Ramadan
#Sinar Songkok Melayu
#songkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan