awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal baharu: Malaysia Airlines kuat kuasa penggunaan topeng muka ke atas penumpang

Bernama
Bernama
22/04/2020
04:18 MYT
Normal baharu: Malaysia Airlines kuat kuasa penggunaan topeng muka ke atas penumpang
Malaysia Airlines tidak akan menerima penumpang yang tidak memakai penutup hidung dan mulut semasa mendaftar masuk dan menaiki pesawa. Gambar fail/ Bernama.
Semua penumpang Malaysia Airlines kini dikehendaki membawa serta memakai penutup hidung dan mulut sendiri berkuat kuasa pada Khamis.
Mereka perlu memakainya di lokasi seperti daftar masuk, ketika menaiki kapal terbang, dalam kabin pesawat selain sewaktu pengeluaran dan pengambilan bagasi semasa ketibaan untuk mengurangkan penularan COVID-19.
Keperluan ini terpakai kepada semua penumpang tidak termasuk bayi dalam semua penerbangan domestik, antarabangsa dan sewa khas, kata Malaysia Airlines dalam kenyataan di sini hari ini.
Malaysia Airlines tidak akan menerima penumpang yang tidak memakai penutup hidung dan mulut semasa mendaftar masuk dan menaiki pesawat, kata kenyataan itu.
"Bagi keselesaan penumpang, terutamanya dalam penerbangan jarak jauh, anda dinasihatkan untuk membawa topeng muka tambahan dan cecair pembasmi kuman tangan untuk kegunaan sendiri," katanya.
Penumpang turut diingatkan supaya menghormati ruang peribadi orang lain dan menjaga jarak sosial jika diperlukan serta mematuhi langkah keselamatan lain dalam proses sebelum berlepas dan ketibaan. -BERNAMA
Topic Berkaitan
#keselamatan
#Malaysia Airlines
#mulut
#penerbangan
#penutup hidung
#pesawat
#topeng muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan