awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal baharu: Tidak perlu kursus praperkahwinan, hanya temu duga ringkas di Kedah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
27/05/2020
11:28 MYT
Normal baharu: Tidak perlu kursus praperkahwinan, hanya temu duga ringkas di Kedah
Pasangan yang bernikah di Pejabat Agama Daerah Kota Setar ketika tempoh PKP dan PKPB. Gambar fail
Pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga di Kedah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak perlu lagi mengikuti kursus praperkahwinan sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temu duga ringkas.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata temu duga ringkas selama kira-kira 15 minit itu dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan tidak dikenakan sebarang bayaran.
"Kelonggaran yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) itu mampu menjadi alternatif terbaik menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan buat masa ini.
"Sesi ini akan berlangsung pada hari akad nikah di pejabat agama daerah. Jadi maksudnya, mereka boleh bernikah walaupun tiada sijil (kursus praperkahwinan)," katanya di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan lain, Sanusi menjelaskan kerajaan Kedah kini sedang mengatur pertemuan bersama Kementerian Pengangkutan bagi menambah perjalanan dua hala feri dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Ianya berikutan ketika ini hanya dua perjalanan feri setiap hari iaitu pada jam 11 pagi dan 4 petang, yang agak menyukarkan penumpang selain menjejaskan kedudukan kewangan pengusaha feri.
Mac lalu, perkhidmatan feri antara Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Perlis-Langkawi telah dikurangkan kepada dua perjalanan sehari berbanding 10 sebelum ini, selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Topic Berkaitan
#jabatan agama islam negeri kedah
#Kedah
#majlis agama Islam
#nikah
#praperkahwinan
#sijil
#temu duga ringkas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan