awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2015
02:02 MYT
#Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan
Dialog PM Bersama NGO: program tersebut tidak diteruskan demi ketenteraman awam dan keharmonian negara. - Sumber foto Facebook #Nothing2Hide
Program 'Dialog PM Bersama NGO' yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi, pada Jumaat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pembatalan tersebut di dalam twit terbarunya.
Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsia mengarahkan Dialog diatas, di PWTC, Kl pagi ini dibatalkan.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) June 5, 2015
Program itu adalah bertujuan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merungkaikan segala persoalan rakyat termasuk menjawab pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada beliau.
Ia adalah program anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) dan turut menggunakan hashtag #Nothing2Hide dalam promosinya.
“Pihak NGO patut diberikan peluang untuk bertanya soalan kepada Najib memandangkan mereka ada banyak soalan penting. Ini bagi memastikan ahli politik tidak mendominasi perbincangan mengenai isu-isu nasional,” ujar Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dalam satu sidang media Isnin lalu.
Sebelum ia diumum batal, program tersebut khabarnya bakal dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak kebelakangan ini dilihat banyak mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka.
Topic Berkaitan
#Dialog PM Bersama NGO
#Mahathir Mohamad
#Najib Tun Razak
#Nothing2Hide
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan