Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa notis merah yang dikeluarkan Interpol terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, dan Ketua Pengarah Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil masih berkuat kuasa sehingga kini.
Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Husain, 54, berkata ini kerana kedua-dua individu masih belum ditangkap.
Notis merah itu, yang dikeluarkan pada 11 Jun 2018 oleh Interpol melalui Biro Pusat Kebangsaan (NCB) Bukit Aman merupakan satu notis amaran bagi usaha mencari dan menangkap individu yang dikehendaki untuk kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa.
Ini bertujuan mengekstradisi mereka bersama-sama dua individu lain iaitu Mohammed Redzuan Adamshah dan Toh Lian Seng.
Saksi ke-57 pendakwaan itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff ketika pemeriksaan utama pada hari ke-52 perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
"Konsul Besar Malaysia di Hong Kong Datuk Tengku Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin turut menandatangani surat permohonan daripada Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia ketika itu bagi membatalkan pasport Jho Low.
"Tujuan surat itu adalah (bagi) membolehkan pihak berkuasa Hong Kong menangkap ahli perniagaan itu kerana memasuki negara berkenaan secara haram," katanya.
Saksi itu turut mengesahkan bahawa satu e-mel daripada NCB Bukit Aman telah dihantar ke pihak NCB Hong Kong bagi memohon pihak berkuasa Hong Kong menahan Jho Low dan seorang lagi individu, Eric Tan Kim Loong yang dipercayai berada di Maggie & Rose Family Members Club di Repulse Bay.
Bagaimanapun, menurut Rosli, pihak berkuasa Hong Kong tidak pernah menangkap mereka.
Rosli berkata bagi mengesan Jho Low dan Nik Faisal, pihaknya telah membuat hebahan media namun tiada sebarang respon yang diterima.
Siasatannya juga mendapati Nik Faisal dan Jho Low tidak pernah kembali ke Malaysia sejak mereka keluar dari negara ini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
Bernama
Tue Aug 13 2019
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa notis merah yang dikeluarkan Interpol terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil. - Gambar fail
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suhaily kenang jasa Paramalingam, hoki bentuk disiplinnya
Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.