Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat mengeluarkan siar raya NUR Alert bagi mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Gerik, Perak.

Kanak-kanak berkenaan, Rawi a/l Samari, 10, kali terakhir dilihat pada Rabu di Pondok Rayau, Hulu Sungai Temenggor hanya memakai seluar pendek.

Laporan kehilangannya dibuat pada Khamis.

Rawi berbadan kurus dengan ketinggian 46cm, berambut keriting dan berkulit gelap.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Sarjan Mohd Sopian Husin di talian 019-9226709 atau IPD Gerik di talian 05-791222.