Nurflix, saluran penstriman patuh syariah pertama di Malaysia, bakal menayangkan 12 drama dan filem eksklusif tempatan bercirikan Islam mulai Oktober ini.
Pengerusi Nurflix Datuk Seri Syed Zainal Abidin Mohd Tahir berkata untuk tiga bulan sehingga Disember ini, siaran itu adalah percuma.
"Ini bagi membolehkan Nurflix mendapatkan maklumat balas sekali gus menambah baik khidmat dan menetapkan harga langganan pada kadar mampu," katanya yang menyasarkan siaran berbayar mula dilanggan pada Januari 2021.
Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pelancaran The Nurflix Initiative di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dekat sini, semalam dan disiarkan menerusi akaun Facebook Nurflix.tv.
Terdahulu semasa majlis pelancaran, Ketua Pengawai Eksekutif Nurflix Syah Mohamed berkata 12 drama dan filem yang dibintangi barisan pelakon popular tanah air itu adalah karya asli yang eksklusif untuk Nurflix.
"Istimewanya Nurflix ini ialah bayaran royalti tidak terhad kepada pengkarya, tetapi akan turut dibayar kepada barisan pelakon terlibat.
"Sebab itu kita juga akan wujudkan Akademi Nurflix yang akan bertanggungjawab mencari dan melahirkan bakat-bakat baharu seni bercirikan Islam," katanya yang menyasarkan penghasilan 1,000 tajuk dalam tempoh lima tahun.
Sementara itu, jurucakap Nurflix Uthman Daud ketika dihubungi Bernama hari ini menjelaskan kandungan Nurflix akan diselia dan dipantau badan penasihat khas dipanggil Nurpath yang diterajui oleh pendakwah terkenal Habib Ali Zainal Abidin selaku penasihat.
Panel ini akan bertanggungjawab memastikan pihak produksi mematuhi sepenuhnya piawaian syariah sama ada dari segi skrip mahupun aksi lakonan, katanya yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.
Pada masa ini, platform TV Internet Nurflix yang dibangunkan oleh Sutera Hijau Ventures Berhad boleh diakses menerusi laman sesawang Nurflix.tv, sementara aplikasi mudah alih akan dilancarkan tidak lama lagi, kata Uthman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020
Pada masa ini, platform TV Internet Nurflix yang dibangunkan oleh Sutera Hijau Ventures Berhad boleh diakses menerusi laman sesawang Nurflix.tv.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Filem Kantonis Malaysia 'Rain Town' terima sambutan positif di luar negara
Filem terbaharu arahan Tunku Mona itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
'The Marvels' catat kutipan terendah dalam sejarah MCU
The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam "B" daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.
Barbie atasi Super Mario sebagai filem terlaris di AS tahun ini
Barbie mengatasi filem The Super Mario Bros. Movie, yang sebelum ini memegang takhta itu dengan kutipan AS$574 juta.
Filem Barbie cecah kutipan AS$1 bilion, Oppenheimer dan Meg 2 cemerlang
Filem arahan Greta Gerwig itu dijangka memperoleh sekitar AS$54 juta pada hujung minggu ini sekali gus melepasi angka AS$1 bilion.
Fahmi minta Finas teliti prestasi filem dihasilkan dengan inisiatif DKD
Fahmi akan berbincang dengan Ahli Lembaga Pengarah Finas minggu depan mengenai perkara itu.