awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan

Haider Yutim
Haider Yutim
16/03/2015
07:35 MYT
Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan
Nurul Izzah sebelum itu telah memaklumkan akan memberi keterangan berhubung kenyataan 'hasutannya' itu.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Nurul Izzah Anwar telah ditahan reman berhubung ucapan ‘Ketua Pembangkang’ yang dibuat pada Selasa lalu.
“Dia telah ditahan dan akan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Nurul Izzah hari ini hadir ke IPD tersebut untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan baru-baru in.
Sebelum itu, beliau memaklumkan, telah diberikan notis oleh pihak polis berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Hasutan 1948.
“Yang mengejutkan adalah kehadiran ASP Muniandy berserta dua kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediamaan ayahanda di Bukit Segambut.
“Siasatan untuk kes hasutan juga untuk hari hari ini,” katanya.
Nurul Izzah dalam sesi bahas di Parlimen yang yang memetik ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikatakan mempertikai sistem kehakiman negara.
Setakat ini, enam orang telah ditahan iaitu aktivis Adam Adli, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Fahmi Fadzil
#kitalawan
#Nurul Izzah
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan