awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah ditahan kerana perhimpunan #KitaLawan, kata KPN

Bernama
Bernama
17/03/2015
02:18 MYT
Nurul Izzah ditahan kerana perhimpunan #KitaLawan, kata KPN
Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac.
Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nurul Izzah juga ditahan dan disiasat di bawah akta sama susulan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.
"Beliau akan dibebaskan sebaik keterangannya direkodkan," kata Khalid dalam kenyataan di sini hari ini. Nurul Izzah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pukul 3.55 petang hari ini.
Sementara itu, dalam Twitternya @KBAB51 hari ini, Khalid berkata polis akan memanggil Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung status yang dimuat naiknya di laman Twitter @tonypua yang menyebut "Bastards. Real Bastards. Royal my foot" berkaitan tindakan polis menahan Nurul Izzah.
"Polis akan panggil YB ini menjelaskan apa maksud beliau dengan 'Royal my foot'. Adakah ditujukan kepada Raja-Raja Melayu?," kata Khalid dalam Twitternya.
Khalid turut tweet semula kenyataan Pua itu.
Pua bagaimanapun kemudian menyunting semula Twitternya dengan hanya menyebut "Bastards" sahaja.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Nurul Izzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan