awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah letak jawatan anggota PAC

Bernama
Bernama
22/03/2019
15:01 MYT
Nurul Izzah letak jawatan anggota PAC
Nurul Izzah meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini. -Gambar fail
Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar telah meletakkan jawatan sebagai seorang daripada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini.
"Ya, saya mengesahkan bahawa beliau telah menarik diri dari PAC," kata pengarah komunikasi PKR or Fahmi Fadzil ketika dihubungi Bernama malam ini.
Tindakannya dipercayai berpunca daripada keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membenarkan pengerusi PAC Ronald Kiandee kekal jawatan tersebut walaupun anggota Parlimen Beluran itu tidak lagi menjadi anggota pembangkang.
Kiandee yang meninggalkan UMNO tahun lepas untuk menjadi anggota bebas diterima sebagai anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) minggu lepas.
Pada Sabtu, Dr Mahathir berkata Kiandee tidak perlu meletak jawatan kerana manifesto Pakatan Harapan (PH) hanya perkara dasar dan bukan sesuatu yang diinstitusikan atau sebahagian daripada perlembagaan.
Keputusan untuk mengekalkan Kiandee sebagai pengerusi PAC dibantah oleh pemimpin PH seperti Hannah Yeoh dan Nurul Izzah.
Nurul Izzah menerusi posting dalam Facebook beliau hari ini berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara harus dipengerusikan oleh wakil daripada pihak pembangkang supaya akauntabiliti eksekutif dipelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anggota Parlimen Permatang Pauh
#Fahmi Fadzil
#Nurul Izzah Anwar
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Ronald Kiandee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan