awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUTP mohon KPM timbang semula cuti bersempena Aidiladha

Bernama
Bernama
02/07/2020
22:11 MYT
NUTP mohon KPM timbang semula cuti bersempena Aidiladha
NUTP memohon KPM menimbang semula cuti bersempena Hari Raya Aidiladha bagi memberi peluang kepada orang ramai menyambutnya di kampung.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) memohon Kementerian Pendidikan (KPM) menimbang semula cuti bersempena Hari Raya Aidiladha bagi memberi peluang kepada orang ramai menyambutnya di kampung.
Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata ini kerana perayaan itu jatuh pada minggu persekolahan berikutan perubahan Takwim Persekolahan 2020.
NUTP mencadangkan agar diberi peruntukan cuti khas oleh Menteri Pendidikan Dr Mhd Radzi Md Jidin pada 30 Julai dan cuti pelepasan oleh Pejabat Pendaftar Negeri pada 29 Julai dan 3 Ogos ini, katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya perkara itu akan memberi peluang orang ramai menyambutnya bersama sanak-saudara di kampung halaman.
"Orang ramai juga sebelum ini tidak berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan mereka sudah merancang untuk pulang bagi menyambut Hari Raya Aidiladha yang jatuh semasa cuti penggal persekolahan berdasarkan takwim penggal persekolahan sebelum ini.
"Selain itu, perayaan hari raya bukan sahaja disambut oleh kaum Melayu malah turut diraikan oleh semua kaum di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#hari raya
#Harry Tan Huat Hock
#Kementerian Pendidikan
#Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia
#KPM
#NUTP
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan