Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

OCPD Kota Setar naik pangkat ke Jabatan Perdana Menteri

OCPD Kota Setar naik pangkat ke Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rozi, 51, (kiri) menjadi Ketua Polis Kota Setar sejak 2016. Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Ketua Polis Daerah Kota Setar, Senior Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa pada Ahad.

Mohd Rozi, 51, sebelum ini menggalas tugas sebagai ketua polis daerah berkenaan selama empat tahun sejak 2016.

Tugasnya kini dipangku Superintendan Mohd Redzuan Salleh, 41.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, mengucapkan tahniah kepada Mohd Rozi di atas kenaikan pangkat berkenaan selain berterima kasih atas perkhidmatannya di Kota Setar.
"Berdasarkan pengalaman, pengetahuan serta kemahiran yang ada pada dirinya, beliau menjadikan daerah ini aman, selamat dan sejahtera sepanjang menjalankan tugas sebagai ketua polis daerah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Ahad.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah dan Ketua Cawangan Khas Kedah, Senior Asisten Komisioner Zakaria Haron.

Sementara itu, Zainuddin berkata, beliau yakin Mohd Redzuan akan dapat memangku tugas dengan baik dan meneruskan kecemerlangan, selain mengatur lebih banyak strategi yang berkesan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini.


Tag: naik pangkat, Ketua Polis Daerah Kota Setar, polis, Mohd Rozi Jidin, Jabatan Perdana Menteri, ocpd, kota setar, perlindungan pdrm



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.