awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oktoberfest bukan pesta arak - Azmin

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2018
09:45 MYT
Oktoberfest bukan pesta arak - Azmin
Mohamed Azmin Ali menegaskan penganjuran 'Oktoberfest 2018' bukan pesta arak seperti yang didakwa. -Astro AWANI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan penganjuran 'Oktoberfest 2018' bukan pesta arak seperti yang didakwa.
Sebaliknya beliau berkata program itu merupakan acara tahunan yang diadakan di negara ini.
“Saya tidak mahu kita terjebak dan terheret dengan polemik seperti ini. Saya ada pengalaman bagaimana kita urus Oktoberfest ketika di Selangor.
“Ada kelompok kecil yang pertikaikan. Ada beri gambaran pesta arak, tidak benar sekali. Ia acara tahunan,” katanya ketika menjawab soalan penonton dalam program Bicara Minda Ekonomi: Kesejahteraan Untuk Semua di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Penganjuran 'Oktoberfest 2018' di Mid Valley mendapat bantahan banyak pihak namun ia tetap dibenarkan berlangsung kerana tidak melanggar undang-undang.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata kerajaan berpegang kepada dasar mempertahankan agama Islam namun tidak boleh menghalang amalan kaum lain.
“Pihak berkuasa tempatan beri syarat yang perlu diikut seperti dalam kawasan tertutup dan ada penguatkuasa bagi memastikan tak ada orang Islam yang terlibat.
“Bukan sahaja di Selangor, di Johor dan beberapa negeri lain berlaku dengan aman. Dasar kerajaan bukan sahaja mempertahankan Islam tapi kita juga tak boleh halang budaya dan amalan kaum lain. Ini telah kita laksanakan dan tak nampak ada masalah tersebut,” katanya.
Topic Berkaitan
#acara tahunan
#Azmin Ali
#Bicara Minda Ekonomi
#Kesejahteraan Untuk Semua
#Mid Valley
#Oktoberfest
#pesta arak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan