awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN lanjut tempoh permohonan pekerja asing hingga Mac 2026, majikan digesa mohon tanpa bantuan ejen
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat 15 sasar kurangkan jenayah pecah rumah, kemalangan jalan raya

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
24/05/2019
04:50 MYT
Op Selamat 15 sasar kurangkan jenayah pecah rumah, kemalangan jalan raya
ABDUL HAMID: Faktor terbabas menjadi punca utama yang menyumbang kepada kemalangan maut pada Op Selamat 13 pada tahun lepas. - Gambar fail
Op Selamat 15 mensasarkan usaha mencegah jenayah pecah rumah serta meminimumkan kemalangan jalan raya ketika musim perayaan.
Kempen keselamatan yang akan bermula pada 29 Mei dan berakhir 12 Jun itu mengekalkan tema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi'.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata kawasan panas yang akan diberi tumpuan di seluruh negara juga tidak berubah seperti Op Selamat terdahulu
"Hot spot berdasarkan rekod yang dicatat sebelum ini, saya rasa pihak Jabatan Siasatan Trafik telah memaklumkan tempat-tempat serta kawasan yang dikategorikan sebagai hot spot di seluruh negara," katanya semasa sidang media selepas melancarkan Kempen Op Selamat 15/2019 di sini, pada Jumaat.
Telekom Malaysia menjadi penaja Op Selamat kali ini.
Jelasnya, faktor terbabas menjadi punca utama yang menyumbang kepada kemalangan maut pada Op Selamat 13 pada tahun lepas.
Selain itu, antara punca kemalangan maut lain adalah kecuaian melintas, memotong, tidak nampak kenderaan di hadapan, cuai keluar masuk simpang, mengekor rapat, membuat pusingan U dan berhenti secara mengejut.
Sementara itu, laporan Kempen balik Kampung pada 2018 pula menunjukkan penyertaan yang diterima daripada komuniti awam adalah sebanyak 37,973 laporan berbanding 40,787 laporan bagi tahun 2017.
Kata Abdul Hamid, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan mementingkan diri sendiri menjadi punca peningkatan kemalangan.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#jenayah
#kemalangan
#maut
#polis
#Rumah Selamat
#Selamat Sampai ke Destinasi
#siasatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan