Tutup

Op Selamat Kelantan: Terbabas, memotong dan tidak sabar antara punca kemalangan

Op Selamat Kelantan: Terbabas, memotong dan tidak sabar antara punca kemalangan
Siasatan mendapati kebanyakan punca utama kemalangan maut adalah akibat terbabas masuk ke laluan kanan, memotong kenderaan secara bahaya dan sikap tidak sabar pengguna jalan raya. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Op Selamat yang dilaksanakan di seluruh Kelantan sejak 29 Mei hingga Sabtu mencatatkan 609 kemalangan, 11 daripadanya kemalangan maut membabitkan 13 kematian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Supt Markandan Subramaniam berkata dalam tempoh yang sama sebanyak 8,414 saman telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan, majoriti kesalahan memandu terlalu laju.
Ketika dihubungi Bernama, Markandan berkata siasatan mendapati kebanyakan punca utama kemalangan maut adalah akibat terbabas masuk ke laluan kanan, memotong kenderaan secara bahaya dan sikap tidak sabar pengguna jalan raya.

"Biasanya kemalangan berlaku di kawasan hitam yang sudah dikenalpasti khususnya di laluan Kuala Krai-Gua Musang dan Tanah Merah-Jeli-Gerik," katanya.
"Bagi pejalan kaki dan penunggang basikal, mereka biasanya tidak berhati-hati ketika melintas jalan sehingga menjadi mangsa langgar," katanya.

-- BERNAMA


Tag: Op Selamat, kemalangan, maut, saman, mangsa, siasatan, Kelantan, memandu laju



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.