Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menjalankan operasi secara besar-besaran dalam usaha membanteras kegiatan 'Zero Tourism' sekali gus menangani masalah itu daripada terus berleluasa di negara ini khususnya di Sabah mulai tahun depan.
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata langkah itu penting bagi memastikan pemain industri pelancongan tempatan mendapat manfaat selain perniagaan diusahakan termasuk hotel; rumah inap desa; dan restoran berjalan lancar serta menerima kehadiran serta tempahan pengunjung.
Menurutnya, kegiatan 'Zero Tourism' yang berlaku ketika ini dilihat menjejaskan pengusaha industri pelancongan tempatan berikutan aktiviti serta pergerakan pelancong termasuk tempat penginapan dan restoran telah diatur serta ditentukan sendiri oleh ejen pelancongan dari luar.
"Kita akan mengambil tindakan tegas bagi menangani isu 'Zero Tourism' ini kerana kita mahu pemain industri tempatan dapat menjana pendapatan, dan sepatutnya tempahan termasuk hotel penginapan atau kemudahan bas seharusnya dibuat dalam negara kita, bukannya menerusi ejen pelancongan dari luar.
"Situasi itu akan menyebabkan peniaga tempatan tidak menerima pelancong kerana ejen pelancongan luar telah mengatur sendiri tempat tertentu untuk pelancong dari negara mereka yang datang ke sini," katanya kepada pemberita selepas sesi temubual secara langsung menerusi radio SabahFM di sini, pada Sabtu.
Mohamaddin turut mengesa ejen pelancongan luar menjalin kerjasama dengan ejen pelancongan tempatan bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaat secara bersama, dan MOTAC sama sekali tidak membenarkan ejen pelancongan luar memonopoli sektor pelancongan tempatan.
Sementara itu, Mohamaddin turut menepis dakwaan kononnya Sabah mengalami kekurangan pelancong dan menyifatkan dakwaan itu tidak benar kerana statistik menunjukkan seramai 3.15 juta pelancong melawat Sabah mulai Januari hingga Oktober tahun ini, iaitu peningkatan +1.1 peratus berbanding sejuta pelancong dalam tempoh sama pada tahun lepas.
Terdahulu, dalam sesi temubual bersama radio SabahFM, Mohamaddin berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah bagi memantapkan lagi sektor pelancongan Sabah dengan memberi tumpuan produk pelancongan di Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.
Beliau berkata Sabah juga akan ditonjolkan sebagai 'Malaysia's Favorite Destination' dalam Pameran Pelancongan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) pada Mac tahun depan bagi mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama bagi pasaran domestik.
Dalam perkembangan lain, Mohamaddin turut memaklumkan beberapa aspek dalam Akta Industri Pelancongan 1992 yang dipinda pada 10 Jan lepas akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan tahun depan ke arah memastikan penggiat industri pelancongan sah menjalankan perniagaan dengan yakin.
"Antara pindaan akta ini termasuklah peningkatan kadar denda bagi peniaga tanpa lesen yang sah. Jika disabitkan kesalahan boleh mengakibatkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
"Saya juga ingin memaklumkan sekali lagi bahawa kementerian akan mengecualikan fi pendaftaran Premis Penginapan Pelancongan berjumlah RM70 kepada semua pengusaha premis pelancongan termasuk hotel; resort; rumah tumpangan; asrama dan rumah inapan mulai 1 Jan hingga 31 Mac 2019," katanya.
Justeru, kementerian menggesa semua pengusaha premis penginapan yang belum berdaftar untuk mengambil peluang itu dan mendaftarkan premis penginapan mereka sebelum memohon lesen perniagaan di Pihak Berkuasa Tempatan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 29 2018
Mohamaddin berkata, beberapa aspek dalam Akta Industri Pelancongan 1992 yang dipinda Januari lepas akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2019 ke arah memastikan penggiat industri pelancongan sah menjalankan perniagaan dengan yakin. - Gambar fail
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Bas pelancong diingatkan sentiasa guna pemandu pelancong
Ini penting bagi memastikan pengusaha tidak dikenakan kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan berkaitan.
Operasi banteras kegiatan 'Zero Tourism' mulai tahun depan - Mohamaddin
Langkah itu penting bagi memastikan pemain industri pelancongan tempatan mendapat manfaat selain perniagaan diusahakan berjalan lancar serta menerima kehadiran serta tempahan pengunjung.