Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa menegaskan beliau akan menjelaskan kenyataannya berhubung penguatkuasaan jenayah khalwat Isnin ini.
Beliau yang enggan memberikan kenyataan lanjut berhubung laporan tersebut berkata pihaknya akan melakukan perbincangan meja bulat berhubung isu berkenaan.
“Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen,” katanya hari ini.
Dalam laporan eksklusif The Star, akhbar itu melaporkan tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.
BACA: Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat
Mujahid menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.
Dalam temu bual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.
Sebelum ini, Mujahid berdepan dengan kontroversi dengan kenyataannya berkaitan isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) selepas pertemuan dengan aktivis yang juga seorang transgender, Nisha Ayub.
Beliau kemudiannya mengakui terkhilaf dan menarik semula apa yang diperkatakannya dalam sidang media itu.
Beliau turut memohon maaf terhadap pihak yang berasa terancam dengan kenyataannya itu.
Sinar Harian
Sat Oct 06 2018
Mujahid menegaskan beliau akan menjelaskan berhubung kenyataannya Isnin ini. -Foto Sinar Harian
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kes cacar monyet di Britain lepasi angka 500
Angka jangkitan cacar monyet atau monkeypox di Britain melebihi 500 kes pada Rabu, lapor Xinhua, berdasarkan angka rasmi terkini.
Kes cacar monyet di Sepanyol terkait aktiviti sauna golongan gay
Jabatan Kesihatan Awam akan menjalankan analisis terperinci untuk mengawal penularan dan memutuskan rantaian jangkitan.
Kenapa kes cacar monyet meningkat di Eropah?
Ia menimbulkan kebimbangan kerana penyakit itu selalunya berlaku di Afrika Barat dan Tengah dan jarang sekali merebak ke tempat lain.
Drama gay: Kami mangsa kerakusan produksi tidak bertanggungjawab! - Danish Iskandar
Malah jelasnya adegan-adegan yang terkait dengan perwatakan sejenis itu sebenarnya tidak wujud dalam skrip asal lakonan dan pihak produksi telah meminta untuk ditambah ketika penggambaran berlangsung.
Cadangan pinda undang-undang syariah berkaitan LGBT perlu dibuat secara berhemah - Zulkifli
Isu mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 haruslah ditangani secara berhemah.
Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.
KDN warta perintah larangan terhadap dua buku
Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam.
Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu.
Bunkface tak benci golongan LGBT, tapi lirik video Akhir Zaman dipadamkan YouTube!
Lirik video lagu Akhir Zaman yang telah dimuatnaik di YouTube sejak 26 Februari lalu mencetuskan sensasi apabila didakwa mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.
Hanya kerana 1 dolar, lelaki maut bergelut dengan perompak
Perompak mengambil wang tunai satu dolar Amerika sebelum melarikan diri.