Operasi mencari pemandu pelancong yang hilang di Gua Rusa Mulu diteruskan

Operasi mencari pemandu pelancong yang hilang di Gua Rusa Mulu diteruskan
Seramai 68 individu termasuk 12 anggota bomba terlibat dalam operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) terbabit. - Foto JBPM
MIRI: Gerakan mencari dan menyelamat pemandu pelancong yang hilang dibawa arus deras di dalam Gua Rusa, Taman Negara Mulu diteruskan pagi tadi.



Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, operasi dimulakan sekitar jam 8 pagi tadi.


Seramai 68 individu termasuk 12 anggota bomba terlibat dalam operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) terbabit.


Anggota SAR katanya, dipecahkan kepada lima pasukan bagi melakukan pencarian di lima sektor berbeza.




Foto JBPM

Ini termasuk menyusur permukaan Sungai Rusa dan mencari di celah-celah batu.

 Manakala sebuah pasukan lagi melakukan pencarian permukaan di Sungai Paku, yang menjadi laluan keluar air sungai.



Satu sesi penerangan telah diadakan  pagi tadi sebelum kerja-kerja operasi dimulakan.



Foto JBPM


Pagi semalam, salah seorang mangsa yang hilang, pelancong dari Belanda, Peter Hans Hoverkamp, 66, ditemui lemas dalam keadaan terapung.



Sementara, seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu pelancong rakyat tempatan, Roviezal Robin, 20 tahun masih belum ditemui.

Insiden banjir kilat berlaku pada petang Jumaat selepas gua terbabit dilanda arus kepala air dikatakan datang daripada kawasan Garden of Eden.

Tag: JBPM, Miri, banjir, hilang, bomba, lemas, mangsa, pelancong, pelancong Belanda, Taman Negara Mulu


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.