awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi menyelamat di Puchong ikut prosedur

Astro Awani
Astro Awani
03/10/2018
21:13 MYT
Operasi menyelamat di Puchong ikut prosedur
HAMDAN: Anggota bomba yang lemas termasuk ke dalam pusaran air yang sangat deras akibat hujan lebat. - Astro AWANI
Kesemua anggota bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di lombong Taman Putra Perdana Puchong malam tadi telah menjalankan operasi mengikut prosedur.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Mohammad Hamdan Wahid berkata operasi oleh anggota dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) itu juga dijalankan dengan menggunakan peralatan khas.
Namun jelasnya mereka termasuk ke dalam pusaran air yang sangat deras akibat hujan lebat.
Anggota bomba yang lain berjaya membawa mereka naik dan memberikan bantuan pernafasan namun mereka disahkan meninggal dunia.
BACA: Enam anggota bomba lemas ketika operasi SAR
"Kes ini disebabkan oleh hujan lebat dan kita percaya aliran air itu deras dan mungkin kuantiti air itu melimpah lebih.
"Kita akan membuat siasatan dalaman untuk melihat langkah untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi di masa akan datang," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Serdang awal pagi ini.
Mohammad Hamdan memberitahu tragedi ini kali pertama berlaku melibatkan jumlah anggota yang banyak dan menjadi satu kehilangan besar dalam JBPM.
BACA: Tragedi pertama kehilangan enam anggota serentak dalam insiden operasi
Jelasnya pihaknya akan membuat siasatan dalaman bagi mengenal pasti langkah-langkah pencegajan supaya kejadian sama tidak berlaku lagi di masa akan datang.
Sebelum ini Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali berkata anggota bomba yang lemas diikat pada satu tali ketika menjalankan operasi SAR tersebut.
Jelasnya ia merupakan SOP unit berkenaan termasuk lengkap dengan memakai peralatan menyelam ketika SAR.
Namun air deras yang berlaku di kawasan itu menyebabkan kesemua mangsa berpusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam mereka tertanggal.
Beliau berkata kesemua mangsa bergelut kira-kira 30 minit, dengan anggota di darat segera cuba membantu menaikkan mereka ke tebing.
Abdul Aziz berkata kesemua mereka kemudian berjaya ditarik ke tebing namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Beliau berkata pasukan perubatan yang berada di lokasi cuba memulihkan mangsa dengan melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun tidak berjaya.
Topic Berkaitan
#AI
#Anwar Ibrahim
#berita hari ini
#Berita Terkini
#isu semasa
#komen
#peribadi
#PKR
#PRK Port Dickson
#Saiful Bukhari Azlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan