Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa operasi pemantauan udara di perairan negara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan terjejas susulan penggantungan operasi tiga pesawat Beechcraft B-200T.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain menggunakan pesawat itu, Malaysia turut bekerjasama rapat dengan beberapa negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, China selain Filipina dan Indonesia dalam memantau perairan negara dari udara.
"Dalam memantau perkara ini (perairan), kita kena fikir luar kotak, dengan Beechcraft B-200T kita tak boleh saingi P-8 Poseidon dan Lockheed P-3 Orion milik Amerika Syarikat, Indonesia dan China, tapi melalui hubungan kita dengan kuasa besar itu sekurang-kurangnya kita dapat maklumat berhubung kait dengan Laut China Selatan, isu keselamatan di Laut Sulu.
"Kalau kita dapat kerjasama rapat dengan kuasa besar, dengan negara jiran di ASEAN melalui trilateral yang ada antara Malaysia, Indonesia dan Filipina tidak bermakna tak ada satu daripada empat Beechcraft (pesawat) maklumat tak datang kepada kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Beliau berkata atas dasar hubungan yang erat dan saling menghormati antara satu sama lain negara terbabit sanggup berkongsi maklumat risikan.
Susulan nahas di Pangkalan Udara Butterworth semalam, TUDM mengarahkan tiga lagi pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM berpangkalan di Subang digantung operasi hingga suatu tempoh.
Nahas pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM di Pangkalan Udara Butterworth pukul 5.18 petang semalam mengorbankan seorang juruterbang TUDM, Mejar C. Kayamboo, 44 tahun, manakala tiga lagi cedera iaitu Kaptan Wai Lik, 26, Sarjan Udara Mohd Sofi Azizan, 29 dan Lt Hamid Hanafi, 26. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2016
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain menggunakan pesawat itu, Malaysia turut bekerjasama rapat dengan beberapa negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, China selain Filipina dan Indonesia - Foto Bernama
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Pesawat terhempas di Elmina: CAAM kumpul maklumat Beechcraft 390 di Malaysia
CAAM sedang mengumpul maklumat mengenai kesemua pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang digunakan di Malaysia.
Pesawat terhempas di Elmina: MOT minta CAAM siasat semua pesawat Beechcraft model 390
MOT akan meminta CAAM untuk menjalankan siasatan terhadap semua pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang digunakan di Malaysia.
Pesawat terhempas Elmina: Alat perakam suara kokpit telah ditemukan - Polis
Polis mengesahkan telah menemukan cockpit voice recorder (alat perakam suara kokpit) daripada pesawat yang terhempas berhampiran Elmina, malam ini.
Pesawat terhempas Elmina: Empat mayat masih dicari, enam ditemukan
Sekurang-kurang baki empat mayat nahas pesawat yang terhempas berhampiran Elmina, masih dalam operasi mencari.
Pesawat terhempas Elmina: Lencongan tersasar dari laluan asal sebelum terhempas - Loke
Anthony Loke memaklumkan, lencongan mengejut itu berlaku tiga minit selepas mendapat pelepasan dari menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Subang pada 2:48 petang.
Operasi pantau perairan negara tidak terjejas - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa operasi pemantauan udara di perairan negara oleh TUDM tidak akan terjejas susulan penggantungan operasi tiga pesawat.