awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pembenihan awan di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan pada 12 April

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
11/04/2016
16:09 MYT
Operasi pembenihan awan di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan pada 12 April
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau, operasi ini bukan sahaja bertujuan menangani masalah jerebu tetapi bagi menangani isu kekurangan bekalan air di Sabah.
Operasi pembenihan awan (OPA) di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan bermula 12 April sehingga awal Mei depan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata operasi ini dilancarkan bagi menangani masalah paras air yang kritikal di beberapa negeri khususnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.
Beliau berkata, operasi yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mampu menghasilkan hujan di sekitar kawasan terjejas .
Sementara itu, katanya, lagi operasi pembenihan awan yang dilancarkan di Sabah sejak 7 April lalu akan diteruskan.
Menurut Madius, operasi ini bukan sahaja bertujuan menangani masalah jerebu tetapi bagi menangani isu kekurangan bekalan air di Sabah.
Topic Berkaitan
#Jabatan Meteorologi
#Madius Tangau
#operasi pembenihan awan
#Tentera Udara Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan