Operasi pembenihan awan (OPA) yang dijadualkan hari ini dan esok di Semenanjung Malaysia dibatalkan hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jailan Simon berkata, OPA dibatalkan berikutan keadaan atmosfera yang kering.

"Selepas membuahkan hasil semalam, kami memang merancang untuk melaksanakannya hari ini dan esok, tapi keadaan cuaca yang kering ketika ini amat tidak sesuai.

"Jadi kami terpaksa batalkan OPA untuk hari ini dan esok," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Pihaknya kini merancang untuk melakukan OPA di Semenanjung Malaysia pada Jumaat, manakala di Sarawak pula pada Sabtu.

Bagaimanapun, jelasnya ia masih bergantung kepada keadaan cuaca semasa.