Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Operasi SAR kanak-kanak lemas di Sungai Perak diperluas 7km

Operasi SAR kanak-kanak lemas di Sungai Perak diperluas 7km
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, Mohd Danish Irfan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan berhampiran Kampung Loh Karai, Sungai Siput. - Foto JBPM
SUNGAI SIPUT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan di Sungai Perak petang semalam diperluaskan sehingga tujuh kilometer radius pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, anggota bomba dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar menggunakan teknik pencarian di permukaan air.
Katanya, 35 anggota dari pelbagai agensi seperti bomba, polis dan pertahanan awam memulakan operasi mulai jam 8 pagi dengan bantuan orang awam.

“Operasi menggunakan enam buat bot iaitu dua milik bomba, masing-masing satu milik polis dan pertahanan awam, dibantu dua bot nelayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, Mohd Danish Irfan Mohd Baharudin dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan berhampiran Kampung Loh Karai, Sungai Siput.