awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
ASUS mungkin hasilkan memori sendiri untuk kekalkan harga peranti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Asli jadi renjer sukarela pantau pembalakan haram

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
11/01/2018
23:07 MYT
Orang Asli jadi renjer sukarela pantau pembalakan haram
Orang Asli yang terlibat akan menjadi mata dan telinga Jabatan Perhutanan dalam menjaga kawasan hutan simpan kekal di sekitar kampung mereka. - Gambar hiasan
Masyarakat Orang Asli akan dilatih sebagai renjer sukarela bagi memantau kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di daerah Gua Musang tahun ini.
Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim berkata, Orang Asli yang terlibat akan bertugas menjaga kawasan hutan simpan kekal dan khazanah hutan di sekeliling perkampungan mereka.
Menurutnya, pihaknya akan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) untuk melatih komuniti itu yang akan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang pencerobohan hutan.
"Kita akan memberi latihan dan kursus kepada mereka yang akan memantau kawasan pembalakan dan hutan supaya mereka yang dilantik faham tentang sistem pengurusan hutan dan sistem pengurusan hasil hutan, selain tahu tentang prosedur yang dibenarkan.
"Secara tidak langsung, mereka menjadi mata dan telinga Jabatan Perhutanan," katanya.
Mengikut rekod, keluasan hutan simpan di Kelantan ialah 689,000 hektar, hutan pengeluaran 200, 000 hektar dan kawasan zon larangan hutan 199,000 hektar.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Jabatan Perhutanan Kelantan
#khazanah hutan
#Orang Asli
#pembalakan
#penerokaan tanah
#renjer sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan